Friday, March 2, 2012

NS Betaria pasang misi perbaiki kedudukan


Harian Metro

SELEPAS membawa skuad bimbingannya mara ke pusingan kedua Piala FA dengan menewaskan Melaka 4-0, jurulatih NS Betaria FC, Azuan Zain, berharap momentum itu dapat diteruskan ketika menentang Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ibrahim Muar, hari ini.
Menurutnya, beliau amat mengharapkan kemenangan bagi membantu mereka memperbaiki kedudukan tempat kelapan carta.




“Saya harap kejayaan Piala FA itu dapat diteruskan dalam saingan liga dan pemain perlu yakin kepada diri sendiri apabila berdepan MBJB.




“Kemenangan amat penting berikutan saingan liga semakin mencabar terutama dengan kehadiran pemain import. Justeru, pemain tidak boleh leka sebaliknya perlu memastikan prestasi berada di tahap terbaik,” katanya.

Bekas pengendali Johor FC itu juga menaruh harapan tinggi kepada dua tonggak importnya.


“Kali pertama diturunkan pada pusingan pertama Piala FA lalu, kedua-dua pemain itu tidak begitu menyerlah kerana belum serasi dengan rakan lain, tetapi sepanjang latihan selepas itu, prestasi mereka makin meningkat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...