Friday, March 2, 2012
Tok Gajah tagih bisa import
KAPTEN Pahang, Jalaluddin Jaafar yakin perkembangan positif dipamer dua pemain import dari Russia, Eduard Sakhnevich dan Boris Kochkin mampu mencerahkan peluang mereka meraih tiga mata apabila melayan MP Muar di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam ini.
Jalaluddin berkata, prestasi Sakhnevich dan Kochkin yang beraksi di bahagian tengah dan serangan itu bakal memperkukuhkan jentera pasukan dalam usaha meneruskan aksi cemerlang pada saingan Liga Perdana musim ini.
“Saya percaya perkembangan positif ini bukan saja melegakan malah komitmen dan semangat semua pemain memburu tiga mata berharga pada setiap perlawanan pasti lebih tinggi.
“Sejak menjalani latihan bersama pasukan awal bulan ini, saya lihat mereka begitu komited dan tidak mustahil kehadiran mereka akan memantapkan lagi pasukan,” katanya semalam.
Ditanya pertemuan dengan MP Muar, Jalalluddin berkata, semua pemain perlu bijak memanfaatkan peluang terhidang.
Menurutnya, kemenangan bukan saja akan melonjakkan keyakinan tetapi paling penting membantu mengukuhkan kedudukan mereka. “Bagaimanapun, MP Muar tidak harus dipandang rendah memandangkan mereka juga pastinya mahu menang,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment