Monday, March 5, 2012

Semangat Kedah membara selepas benam Selangor


Harian Metro

“GOL ini adalah untuk peminat nombor satu Hijau Kuning, Yang Dipertuan Agong serta ribuan penyokong Kedah,” kata penjaring gol kemenangan Kedah, Safi Alfatah.


Jaringan itu memastikan Kedah berjaya menenggelamkan kehebatan Selangor dalam saingan Liga Super dengan kemenangan 1-0, kelmarin. Menurut Safi, dia hanya mengetahui daripada rakan sepasukan mengenai kehadiran Sultan Abdul Halim Mu’adzam menyaksikan perlawanan itu di Stadium Darulaman selepas perlawanan kelmarin.




“Saya berazam untuk membantu pasukan memastikan kemenangan dan tidak sangka dapat menjaringkan gol kemenangan,” katanya.




Kedah sepatutnya berjaya menambah gol andai sepakan penalti Baddrol Bakhtiar tepat ke sasaran.

“Ketika mengambil penalti kedua minit ke-83, saya tidak gentar dan akhirnya berjaya melakukannya,” katanya.


Menurut Safi lagi, kemenangan itu menyemarakkan lagi semangat rakan sepasukan untuk meneruskan rentak kemenangan khususnya menentang Perlis pada saingan Piala FA, Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...