Sunday, June 12, 2011

90,000 banjiri Stadium Nasional


KUALA LUMPUR- Hampir 90,000 penyokong memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di antara Kelantan dan Terengganu semalam.

Daripada jumlah tersebut, penyokong Kelantan menguasai venue perlawanan apabila kira-kira 60,000 penyokong Red Warriorsmemberi sorakan untuk pasukan mereka manakala baki 30,000 lagi adalah penyokong skuad Terengganu.

Kehangatan final semalam dirasai seawal pagi lagi apabila puluhan ribu penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu mula berkampung di perkarangan stadium.

Kebanyakan penyokong tiba dengan menggunakan kenderaan sendiri, berkumpulan dan menyertai rombongan bas yang ditaja oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing.

Suasana di perkarangan Stadium Nasional riuh-rendah dengan kedua-dua penyokong pasukan melaungkan lagu-lagu pasukan masing-masing.

Rata-rata mereka tiba dengan mengenakan jersi pasukan negeri masing-masing dan ada di antara mereka yang mengenakan rambut palsu mengikut warna yang melambangkan pasukan serta tidak keberatan untuk mewarnakan wajah mereka.

Ada penyokong Kelantan yang sampai ke venue perlawanna sejak awal pagi tadi selepas bertolak dari Kota Bharu pada tengah malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...