Tuesday, June 7, 2011

Bola persahabatan Malaysia-Myanmar di Kota Bharu 18 Jun

KUALA LUMPUR 7 Jun - Bagi memberi peluang kepada peminat di luar Lembah Klang menyaksikan perlawanan bertaraf antarabangsa, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan perlawanan antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Jun ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, perlawanan persahabatan tersebut yang akan bermula pada 8.45 malam melibatkan pasukan kebangsaan kedua-dua negara.

Perlawanan di Kota Bharu itu adalah atas permintaan Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), katanya.

"Presiden FAM Tuanku Ahmad Shah bersetuju dengan permintaan tersebut dan keputusan ini turut membuka ruang kepada peminat bola sepak di negeri-negeri lain untuk menonton perlawanan bertaraf antarabangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azzuddin berkata, walaupun Stadium Sultan Mohamad Ke-IV hanya mempunyai kapasiti penonton sebanyak 18,000, namun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memberi kebenaran kepada Kafa untuk mengadakan perlawanan antarabangsa di stadium tersebut. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...