KUALA LUMPUR 7 Jun - Skuad Bawah 22 Malaysia kalah tipis 1-0 kepada skuad kebangsaan Kemboja dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Phnom Penh, petang ini.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan Kouch Sokhumpeak pada minit ke-10 menerusi rembatan kencang kaki kanannya yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Skuad bimbingan Ong Kim Swee menjadikan persahabatan ini sebagai persediaan menghadapi pusingan kedua Kelayakan Olimpik menentang Lebanon, 19 Jun ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment