KUALA TERENGGANU - T-Team mengingatkan Terengganu yang baru merangkul Piala FA agar jangan terlalu yakin apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam Liga Super di sini, malam ini.
Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, T-Team pernah mengalahkan pasukan yang hebat seperti Kelantan dan Selangor sebelum ini.
"Dalam bola sepak semua boleh berlaku dan tidak mustahil T-Team akan membuat kejutan malam esok," katanya.
Yunus berkata, walaupun dalam pusingan pertama T-Team tewas 0-1 kepada Terengganu, namun mereka menganggap kekalahan itu sebagai satu suntikan semangat untuk perlawanan malam ini.
Beliau berkata, T-Team tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan Terengganu untuk mengejar kejuaraan Piala Liga seperti mana dakwaan sesetengah pihak.
Yunus berkata, beliau telah membuat persiapan rapi termasuk memperkemaskan semua posisi bagi mempastikan Terengganu menghadapi laluan sukar.
Katanya, sungguhpun T-Team bakal kehilangan beberapa pemain sandaran seperti Norfarhan Mohamad, Shamsuri Mustapa, Sobri Sulong dan Badrul Hisani, tetapi ia tidak akan menjejaskan pasukan itu.
Beliau berkata, T-Team masih mempunyai ramai pemain simpanan yang berkaliber untuk mengambil tempat pemain berkenaan. - Bernama
No comments:
Post a Comment