KUALA TERENGGANU 9 Jun — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki dipercayai bookie yang terbabit dalam skandal mengatur perlawanan bola sepak pasukan Piala Presiden T-Team.
Pengarah SPRM Terengganu, Mohd. Yusoff Mohd. Zain berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan di Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira jam 3 petang semalam.
"Suspek ditahan reman sehingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung sogokan dan sindiket perjudian bola sepak yang melibatkan pemain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, dengan tertangkapnya individu penting itu pihaknya dapat melengkapkan siasatan berhubung kes mengatur perlawanan itu yang kini hampir siap 80 peratus.
Katanya, pihaknya telah merekodkan kenyataan daripada semua pihak
termasuk pengurusan pasukan, pemain dan jurulatih dan yakin dapat menyelesaikannya kes itu tidak lama lagi. — Bernama
No comments:
Post a Comment