“BUKAN lawan yang mudah.” Demikian rumusan dibuat juru- latih skuad bola sepak Olimpik negara, Ong Kim Swee setelah ‘mengintai’ corak permainan pasukan Lebanon ketika aksi persa- habatan menentang skuad Olimpik Turki di Istanbul, Turki pada Rabu lalu.
Biarpun Lebanon tewas 0-3 kepada Turki pada perlawanan tersebut, Kim Swee tetap menganggap pasukan itu memiliki aspek teknikal yang lebih baik daripada skuad bimbingannya.
Namun ia bukan bermakna Kim Swee sudah pun mengaku kalah sebelum Malaysia turun bertemu Lebanon pada pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 di Beirut (19 Jun) dan di Kuala Lumpur pada 23 Jun ini.
“Kita tak boleh banding Lebanon dengan Turki. Tetapi bagi saya, Lebanon sebuah pasukan yang cukup baik, terutamanya di jentera tengah dan serangan. Mereka menggunakan formasi 3-4-3.
“Walaupun tewas kepada Turki, saya lihat pemain Lebanon berani melakukan larian pantas dan menggelecek lawan, manakala pemain pertahanan mereka memiliki fizikal yang cukup besar.
“Satu gol mereka dibolosi mene- rusi sepakan sudut dan dua lagi gol menerusi hantaran lintang. Jadi saya dapati kelemahan mereka adalah di bahagian sayap,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pengendali berusia 41 tahun itu tiba di tanah air malam kelmarin setelah sempat ‘mengintip’ sesi latihan skuad Lebanon dari dalam kereta sehari sebelum perlawanan disusuli aksi penuh pasukan itu ketika menentang Turki.
“Apa yang penting, saya dapat lihat sendiri di depan mata corak permainan Lebanon. Jadi dari situ saya kini sudah boleh mengatur strategi terbaik untuk menghadapi mereka, terutamanya di Beirut nanti.
“Mungkin jika saya tak lakukan intipan ini, kita akan turun dengan sikap memandang mudah dan jika pada separuh masa pertama baru kita nak sedar, segalanya sudah terlambat.
“Jadi untuk mengatasi Lebanon, saya memerlukan pemain yang boleh bekerja dan berdisiplin tinggi ketika perlawanan. Lebanon boleh menjaringkan gol dan mereka juga boleh dibolosi,” tegas Kim Swee.
Skuad Olimpik kebangsaan akan terbang ke Phnom Penh esok untuk aksi persahabatan menentang Kemboja (Selasa ini) dan bertemu Qatar di Doha pada 13 Jun, disusuli latihan di sana sebelum ke Beirut.
“Bertemu Kemboja, kita akan main seolah-olah bertemu Lebanon di laman sendiri, manakala bertemu Qatar, kita akan guna corak seperti bertemu Lebanon di tempat lawan,” jelas Kim Swee.
Kapten skuad Olimpik yang juga penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat serta bek kiri Tereng- ganu, Zubir Azmi tidak dilepaskan untuk aksi Liga Super, Isnin ini tetapi mereka akan diberi pelepa- san beraksi pada final Piala FA, Sabtu depan.
No comments:
Post a Comment