Saturday, June 4, 2011

PKNS usah hilang fokus

WALAUPUN masih belum mengetahui nasib sebenar pada Liga Malaysia musim depan, jurulatih Selangor PKNS, Abdul Rahman Ibrahim tidak mahu ia menjejaskan tumpuan anak-anak buahnya ketika saingan Liga Perdana hanya berbaki dua perlawanan lagi.


Menurut bekas jurulatih kebangsaan itu, tumpuan mereka adalah untuk menamatkan saingan Liga Perdana musim ini tanpa sebarang rekod kekalahan.

“Saya tidak mahu fikir lagi mengenai perkara itu. Sebagai jurulatih saya hanya memberikan tumpuan untuk memastikan kami menamatkan saingan tanpa tewas dan selepas itu beraksi di Piala Malaysia di mana empat pasukan teratas Liga Perdana layak menyertainya,” katanya yang membimbing kelab itu sejak 2009. Tambahnya sebagai jurulatih dan pemain, tidak akan timbul perasaan tidak berpuas hati kerana selepas ini mungkin beberapa pemain yang mempamerkan persembahan yang baik akan dipancing oleh pasukan ternama yang lain.




“Begitu juga saya sebagai jurulatih, sekiranya berjaya membimbing PKNS menjuarai Liga Perdana tanpa sebarang kekalahan selepas mengharungi 22 perlawanan mungkin saya turut mendapat perhatian daripada pasukan lain. 


Namun buat masa ini sebagai jurulatih, tumpuan utama adalah muncul juara tanpa tewas,” katanya.

Kedudukan Selangor PKNS yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana 2011 untuk ke Liga Super musim depan masih belum terjamin seperti kebiasaannya selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia dilaporkan akan melakukan perubahan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...