Wednesday, June 8, 2011

Sabah menang 3-0, rampas kedudukan Kuala Lumpur

KOTA KINABALU 8 Jun – Hatrik oleh Razlan Oto dalam perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini berjaya membantu Sabah merampas kedudukan Kuala Lumpur di tangga ke-11 dalam liga itu.

Penyerang Sabah berusia 27 tahun itu mengejutkan pasukan pelawat seawal lima minit pertama permainan dengan menandukkan gol pertama menerusi hantaran sudut Thanaraj Kumarasamy.

Gol keduanya untuk Sabah dijaringkan menerusi sepakan penalti pada minit ke-35 setelah Shahrul Azhar Ture dijatuhkan dalam kotak penalti.

Semangat pasukan pelawat semakin goyah apabila Razlan menjaringkan gol ketiga dengan mudah pada minit ke-47 setelah hanya bersemuka dengan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali.

Dengan kemenangan itu, Sabah, yang masih berbaki dua perlawanan, mengumpul 25 mata, manakala Kuala Lumpur kekal dengan 23 mata untuk jatuh ke tangga ke-12 daripada 14 pasukan. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...