Saturday, March 3, 2012

24 pemain dipanggil jalani latihan pusat hadapi Syria


Harian Metro

DUA puluh empat pemain, 17 daripadanya anggota skuad Harimau Muda A dipanggil untuk menjalani latihan pusat bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Pusingan Ketiga Olimpik menentang Syria pada 14 Mac ini.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menyatakan, semua pemain melapor diri kepada ketua jurulatih pasukan Olimpik, Ong Kim Swee di Wisma FAM di Kelana Jaya dan memulakan latihan dari Rabu hingga Ahad depan.




Perlawanan menentang Syria yang berlangsung di venue berkecuali iaitu di King Abdullah International Stadium di Amman, Jordan, hanya sebagai pelengkap jadual bagi Malaysia selepas tewas dalam semua perlawanan kelayakan Olimpik sebelum ini. Malaysia yang diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dalam Kumpulan C bagi Kelayakan Zon Asia ke Olimpik London kini berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.




Jepun kini menjadi pendahulu Kumpulan C dengan mengutip 12 mata menerusi empat kemenangan daripada lima perlawanan manakala Syria, kedua dan Bahrain, ketiga berkongsi sembilan mata, namun dipisahkan melalui kelebihan jumlah jaringan Syria.

Hanya juara kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya.



Senarai Penuh Pemain



Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), 
Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu), 
Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan),
Rozaimi Abd Rahman (Sabah),
Ashri Chu Chu (Sarawak),
Ahmad Fakri Saarani (Felda United), 
Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor PKNS), 


Harimau Muda A :-

Gary Stevan Robbat,
Shahrul Mohd Saad, 
Mohd Affize Faisal, 
Mohd Farhan Abu Bakar, 
Mohamad Amer Saidin,
Mohd Fandi Othman, 
Mohd Irfan Fazail, 
Mohd Izham Tarmizi Roslan, 
Syahrul Azwari Ibrahim, 
Nazirul Naim Che Hashim, 
Muhammad Nazmi Faiz Mansor, 
Muhammad Izuan Mohd Salahuddin, 
A. Thamil Arasu, 
Mohamad Fadhli Mohd Shas, 
Mohd Ferris Danial Mat Nasir, 
Mohd Azzizan Nordin,
D.Saarvindran ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...