Monday, June 13, 2011

Terengganu minta izin FAM mahu simpan trofi

penyonyonyokonong menyambut kepulangan wira Terengganu bersama dengan piala FA yang diiringi ketua pasukan, Mohd Mazuki Yusof setelah selamat tiba Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.
penyonyonyokonong menyambut kepulangan wira Terengganu bersama dengan piala FA yang diiringi ketua pasukan, Mohd Mazuki Yusof setelah selamat tiba Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.

PBSNT berhajat tempatkan di Muzium Negeri, Losong untuk tatapan rakyat 

CERITA hebat Terengganu menjulang trofi Piala FA selepas menewaskan pasukan tetangga, Kelantan, kelmarin makin memuncak dengan hajat mereka mahu menyimpan trofi berkenaan di Muzium Negeri di Losong buat tatapan rakyat.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh bagaimanapun berkata pihaknya akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menempatkan piala kemenangan itu kerana ia adalah piala terakhir sebelum digantikan dengan piala baru tahun depan.


"Piala ini hadiah kepada rakyat. Saya rasa bangga dan berbesar hati daripada rakyat Terengganu yang memberi sokongan padu sehingga ke peringkat akhir dan dalam masa sama terima kasih kepada pemain kerana bermain dengan bermati-matian," katanya. 

Semalam, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu, dibanjiri lebih 5,000 penyokong setia skuad Penyu menyambut kepulangan wira skuad peteh bersama Piala FA dalam suasana penuh ceria apabila penerba­ngan MAS yang membawa pasukan kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu selamat mendarat jam 3.50 petang. 

Selepas itu, pasukan juara berkenaan diarak menaiki pacuan empat roda bersama piala diiri­ngi penyokong setia dan ahli keluarga ke Dataran Shahbandar. 

Sementara itu, Che Mat Jusoh yang menghambur kata-kata pujian kepada setiap pemain Terengganu berkata, kemena­ngan bersejarah itu dihadiahkan kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. 
"Ini adalah hadiah terbaik buat Tuanku yang selama ini menjadi ikon sukan buat rakyat Terengganu kerana Baginda sendiri seorang ahli sukan kompetitif di peringkat antarabangsa," katanya. 

Wira Terengganu yang menjaringkan gol kemenangan, Mohd Nordin Alias, 26, menganggap kejayaan pasukan mengalahkan pasukan Kelantan sehingga menjulang Piala FA adalah hasil daripada kerjasama sepasukan. 

"Tanpa kerjasama daripada rakan-rakan tidak mustahil saya dapat menjaringkan gol dan hadiah kemenangan ini atas sokongan padu rakyat Terengganu," kata pemain yang berasal dari Medan Jaya, Marang. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...