PERTEMBUNGAN dua pasukan Lembah Klang antara Selangor dan Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam Sabtu depan sebagai pertembungan menarik.
Jurulatih Kuala Lumpur, Mohamed Razip Ismail berkata, pasukannya akan berlatih seperti biasa untuk menghadapi perlawanan, cuma pemainnya kali ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.
“Apabila bertemu pasukan kuat seperti Selangor, pemain harus mempunyai kekuatan mental.
“Pemain tidak perlu takut dan terlalu menghormati pasukan lawan kerana sikap ini akan menyebabkan pasukan sukar mencipta kemenangan,” katanya.
Menurutnya, selepas dua perlawanan menentang Perak dan Sabah, beliau masih belum dapat melihat kelemahan besar pasukannya.
“Perlawanan menentang Selangor bakal memberi cabaran besar kepada pasukan dan mungkin kelemahan dari setiap bahagian dapat dilihat.
“Saya berharap pemain dapat mencuri mata daripada Selangor walaupun ia satu tugas berat,” katanya.
No comments:
Post a Comment