Friday, February 11, 2011

Terengganu yakin menang di Kangar

TERENGGANU yang berkunjung ke Kangar untuk berdepan Perlis pada aksi Liga Super di Stadium Utama Negeri, malam ini melahirkan keyakinan mampu meraih kejayaan dan membawa pulang tiga mata. 

Ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, keyakinan itu berdasarkan beberapa faktor termasuk kelebihan dimiliki barisan kendaliannya berbanding tuan rumah yang membariskan hampir 100 peratus tenaga muda dan baru.



“Diatas kertas, Terengganu dilihat memiliki kelebihan dan menjadi pilihan mencatat kejayaan pada pertemuan malam esok (malam ini). Bagaimanapun, kita akui ia bukan mudah untuk direalisasikan kerana Perlis selaku tuan rumah juga sudah pasti memiliki keazaman tinggi untuk memastikan tidak kempunan untuk mengutip mata selepas gagal dalam dua perlawanan awal,” katanya.
Selepas dua perlawanan Perlis gagal mengutip sebarang mata, tewas kepada Pahang pada perlawanan pertama, 1-3 sebelum akur kepada Selangor, 0-2 Sabtu minggu lalu untuk menduduki tangga tercorot carta Liga. 

Terengganu yang berada di pertengahan carta mengumpul dua mata hasil dua keputusan seri 0-0 dengan Sabah dan 1-1 berdepan Kelantan, Sabtu lalu. 

“Kejayaan mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam dua perlawanan sebelum ini meningkatkan keyakinan dan semangat anak buah saya untuk memastikan mampu mencatat kemenangan pertama berdepan Perlis nanti,” kata Irfan Bakti. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...