Tonggak pertahanan kanan itu berkata, kelebihan itu tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja untuk mengutip mata penuh selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Pahang dan Selangor, sebelum ini.
“Saya harap rakan sepasukan yang diberi kepercayaan berusaha memberikan yang terbaik untuk memastikan pasukan beroleh kejayaan. “Kemenangan cukup penting untuk menyuntik semangat meneruskan perjuangan selain menarik kembali penyokong tempatan hadir memberikan sokongan.” Bekas kapten skuad Piala Presiden itu berkata, Perlis kini berada di tahap terbaik dan bersedia beraksi lebih mantap.
“Saya dapati sudah banyak perubahan, rakan sepasukan begitu bersemangat ketika mengikuti latihan.
“Selain itu, semua posisi termasuk benteng pertahanan yang dilihat kurang mantap sebelum ini, semakin kemas manakala jentera serangan pula turut menunjukkan peningkatan,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment