Friday, February 11, 2011

Jumlah geran naik

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang menambah pemberian geran tahunan kepada pasukan Liga Super yang layak, daripada RM300,000 ketika ini kepada jumlah lebih besar.
Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemberian tambahan itu akan dinilai berdasarkan merit pasukan dan prestasi dalam kejohanan liga yang diadakan sebelum ini. 
Beliau berkata, keputusan mengenai jumlah dan kadar pemberian itu akan dibuat selepas jawatankuasa kewangan dan pengurusan FAM mengadakan mesyuarat minggu depan.

“FAM mempunyai komitmen untuk membantu negeri dalam aspek kewangan dan kami minta semua pasukan bersabar,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...