TERENGGANU yang berkunjung ke Perlis Jumaat ini dengan hanya satu matlamat iaitu mencari kemenangan dan pulang membawa tiga mata apabila aksi Liga Super bersambung.
Bagi memastikan matlamat itu mencapai sasaran, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim tiada pilihan kecuali menurunkan kesebelasan utama dengan harapan anak buahnya mampu memikul tugas memburu kemenangan sulung.
Jika dalam dua perlawanan lalu, Terengganu hanya seri dengan Sabah dan Kelantan, peluang melakar kemenangan ke atas Perlis dilihatnya lebih cerah.
Berita gembira buat bekas jurulatih Singa Utara itu ialah penyerang Manaf Mamat sudah pulih daripada kecederaan dan disahkan boleh digandingkan bersama Abdul Hadi Yahya dan Ashaari Shamsuddin dalam perlawanan di Stadium Utama Negeri di Kangar itu.
“Kehadiran semula Manaf yang cedera ketika bertemu Polis sebelum liga bermula, memantapkan jentera serangan dan ini mencerahkan peluang untuk memungut tiga mata, selepas seri dalam dua perlawanan lalu,” katanya, semalam.
Irfan berkata, dalam dua perlawanan lalu, barisan serangannya kurang bertenaga dan banyak mensia-sia peluang jaringan tetapi kepulangan Manaf yang cukup serasi dengan Abdul Hadi dan Ashaari menambah sengat pasukan, seperti yang dipamerkan dalam beberapa pemanas badan sebelum ini.
Kapten Marzuki Yusof dan Roni Harun juga diarah memperketatkan benteng pertahanan supaya barisan depan Perlis, yang tewas dalam dua perlawanan awal, tidak mampu mencari ruang melakukan cubaan ke arah gawang Terengganu
No comments:
Post a Comment