SKUAD T-Team akan berusaha memastikan pertemuan dengan Harimau Muda A Sabtu ini menjadi medan menebus kekalahan kepada Negeri Sembilan 1-3 dalam perlawanan lalu.
Matlamat T-Team, yang kini menduduki tangga kedua tercorot selepas hanya mengutip satu mata dalam perlawanan pertama, dapat memulakan titik kebangkitan dalam saingan Liga Super.
urulatihnya, Yunus Alif optimis kesebelasan utama yang akan diturunkan nanti dapat melakukan kejutan kepada pasukan kendalian Ong Kim Swee yang sedang dibuai semangat selepas kemenangan 3-1 ke atas Pahang dalam perlawanan keduanya.
Sambil menyifatkan kekalahan T-Team kepada Negeri Sembilan minggu lalu berpunca daripada kegugupan penjaga gol kedua Ismail Abdul Rahman melihat nama besar penyerang lawan termasuk Hairuddin Omar, Abdul Rahman sudah dapat mengatasi rasa gemuruh itu apabila diturunkan sekali lagi berikutan kecederaan lutut penjaga gol utama, Syamsuri Mustaffa.
“Saya yakin Abdul Rahman dapat mengatasi masalah itu dan tidak lagi mudah diperdaya menjelang pertemuan dengan Harimau Muda A,” katanya, semalam.
Barisan tengah yang dijana dua pemain pengalaman, Zairo Anuar Zailani bersama Tengku Hasbullah Hassan juga diarah bijak menguasai bahagian penting itu dan mengumpan tepat kepada rakan penyerang di depan.
No comments:
Post a Comment