Saturday, February 5, 2011

USMFC pilih helang merah

HELANG merah, spesies burung pemangsa yang semakin pupus dijadikan maskot sebagai simbol kegigihan skuad Kelab Bola Sepak Universiti Sains Malaysia (USMFC) yang berjuang dalam musim baru Liga Perdana 2011.
Pelancaran maskot rasmi oleh Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di Stadium USM, Pulau Pinang, kelmarin, membuktikan daya juang skuad bimbingan ketua jurulatih, S Veloo untuk mencipta kemenangan pada perlawanan dilaluinya.

“Kami tidak rela kecundang sebaliknya berazam untuk mengutip mata, kalau boleh dalam setiap perlawanan,” kata pengurus pasukan USM FC, Mohd Azizudin Mohd Shariff.


“Biarlah setiap pemain mempunyai ketangkasan seperti sang helang merah untuk mencengkam mangsa,” katanya di majlis pelancaran maskot itu yang turut disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Semangat helang merah itu terbukti apabila skuad itu menambah kekuatan musim ini menerusi penyertaan tujuh pemain luar yang berpengalaman dalam Liga Malaysia.


Mereka ialah bekas penjaga gol Johor FC, G Jevananthan, Shahriman Che Omar (Perlis), Mohd Hazrul Shah (PKNS), Mohd Hafiz Abdul Rahman (Perak), Mohd Akmal Mohd Noor (Harimau Muda) serta Mohd Faily Mohd Ghazli dan S Thinasegaran (Pulau Pinang).



“Baki pemain lain dalam skuad kali ini kebanyakannya adalah staf USM yang pernah beraksi dalam Liga Perdana dan Liga FAM,” katanya. Mohd Azizudin berkata, tahap daya juang dan ketahanan mental tinggi di kalangan pemain yang ditanam Veloo diharap membuahkan hasil untuk kempen kali ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...