Saturday, February 5, 2011

Pahang tak panik

KAPTEN Pahang, Jalaluddin Hassan percaya kekalahan 1-3 kepada Harimau Muda A tidak menjejaskan rentak pasukannya dalam usaha memburu kelompok terbaik saingan Liga Super musim ini. 

Sebaliknya, pemain tengah itu percaya, kekalahan itu memberi pengalaman berharga kepada semua rakan-rakan untuk lebih bersedia menghadapi cabaran lebih getir daripada pasukan handalan.



“Saya tidak anggap tewas pada perlawanan kedua selepas membenam Perlis 3-1 pada aksi pertama memberi tekanan dan tempoh rehat ketika ini digunakan untuk menutup segala kelemahan termasuk perlawanan persahabatan demi mengekalkan kecergasan,” katanya, semalam.
Mengulas kekalahan kepada Harimau Muda A, Jalaluddin berkata, Pahang tiada nasib untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata walaupun mendahului tuan rumah di Stadium Shah Alam kerana selepas itu, segala gerakan menyerang tidak menjadi hingga membolehkan barisan Harimau Muda mampu bangkit, sekali gus memungut tiga mata. 

“Kami sudah memberi persembahan terbaik tetapi lawan nyata lebih bersedia, mungkin faktor persefahaman memberi kelebihan kepada mereka berbanding pemain Pahang yang mempunyai tujuh pemain muka baru,” kata Jalaluddin lagi. 

Kekalahan kepada barisan Ong Kim Swee menyentap seketika prestasi skuad Dollah Salleh yang membuka tirai kempen liga musim ini dengan persembahan mantap membenam Perlis 3-1 pada aksi pembuka tirai liga tetapi Jalaluddin berharap Pahang dapat menebus kekecewaan itu apabila berdepan FELDA United di tempat sendiri, Sabtu depan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...