Menurutnya, pemain gagal mengawal kemas barisan depan Negeri Sembilan yang diterajui Hairuddin Omar hingga memberi ruang buat mereka bergerak dan mencipta peluang menjaringkan gol.
“Walaupun sudah mengingatkan mereka pentingnya mengawal kemas barisan depan lawan, mereka tetap membuat kesilapan. Saya akur dengan kekalahan ini kerana Negeri Sembilan bermain lebih baik.
“Kelemahan ini akan diperbaiki menjelang perlawanan akan datang bagi memastikan pasukan dapat bangkit mengutip mata,” katanya.
Yunus mengakui anak buahnya mengharungi jadual perlawanan yang agak padat selepas cuti Tahun Baru Cina dan pemain harus meningkatkan lagi prestasi demi memastikan pasukan tidak terus tercicir mata.
No comments:
Post a Comment