Monday, February 27, 2012

Azraai harap pemain lupakan kekalahan


Harian Metro

SELEPAS tersentak dengan kekalahan kepada Johor FC pada pusingan awal saingan Piala FA, barisan Negeri Sembilan diharapkan dapat kembali mempamerkan persembahan cemerlang sebaik saingan Liga Super bersambung, bertemu Kelantan di Kota Bharu, 4 Mac ini.





Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata pemain perlu melupakan kegagalan dalam saingan Piala FA dan kembali memberikan fokus kepada cabaran memastikan misi merangkul kejuaraan liga tidak tersasar.

Menyedari cabaran lebih sengit bakal dihadapi selepas ini, beliau menggunakan tempoh rehat sepenuhnya untuk memantapkan lagi kekuatan skuad bimbingannya itu sekali pun tanpa empat pemain menbabitkan Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan, G Mahathevan dan Ahmad Shakir Md Ali, yang bersama skuad kebangsaan.




“Setakat ini latihan dan persiapan pasukan berjalan lancar sekali pun tanpa empat pemain itu, malah pemain import terbaru, Marian Farbak juga sudah menunjukkan persefahaman yang baik dengan pemain lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...