Monday, February 20, 2012

Kubala lebih utamakan pencapaian pasukan


Harian Metro

MICHAL Kubala berpuas hati dengan persembahannya bersama Perak terutama jika gol jaringannya membantu kejayaan pasukan.


Namun kejayaan peribadi tiada dalam kamus diri awang import Seladang yang tetap mengutamakan pencapaian pasukan secara keseluruhannya.




Pemain Slovakia yang mempunyai kepakaran melakukan rembatan jauh tepat dan kencang itu sudah menyumbangkan lima gol termasuk yang terbaru ketika menumpaskan ATM dalam saingan Piala FA, Jumaat lalu.




“Apa yang penting ialah kami berjaya. Siapa jaringkan gol bukan perkara penting. Saya utamakan semangat pasukan dan tidak sekali-kakli mendabik dada mengenai pencapai setakat ini.

“Namun sudah tentulah saya berasa bangga dengan sumbangan kepada pasukan serta menjaring gol kemenangan setakat ini,” katanya.


Apapun pemain itu berkata tidak ada makna jika berjaya menjaringkan gol tapi Perak gagal memenangi perlawanan itu seperti yang berlaku ketika mereka ditumpaskan LionXII 1-2 dalam saingan liga di Ipoh, minggu lalu.



“Saya sedih kami kalah perlawanan itu kerana secara keseluruhannya Perak menguasai perlawanan itu.

“Apapun itulah bola sepak. Kadang-kadang faktor nasib turut memainkan peranan. Penguasaan bukan jaminan kejayaan,”katanya. Namun kehampaan itu terubat dengan kejayaan Perak mengatasi ATM, 1-0 untuk mara ke pusingan seterusnya Piala FA.




Mengenai kemampuan Perak, pemain itu yakin Seladang berupaya menamatkan cabaran musim ini menaiki podium jika prestasi semasa mampu dikekalkan sepanjang musim.

“Sasaran kami ialah memburu satu gelaran musim ini. Berdasarkan persembahan setakat ini saya yakin Perak berupaya berada di kelompok atas liga elit ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...