Thursday, February 16, 2012

Pegawai FAM disyaki atur perlawanan


Artikel daripada : Espnstar.My
Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton memberitahu The Straits Times bahawa terdapat pegawai FAM yang terlibat dalam pengaturan perlawanan.
Apabila dihubungi pada hari Rabu, Timbalan Presiden Hamidin Amin enggan menamakan kelab atau pemain yang terlibat kerana siasatan masih dijalankan tetapi beliau percaya satu atau dua kelab Liga Super telah terlibat.


Beliau berkata: "Ini berdasarkan bukti yang dikumpul pada musim-musim lepas, bukan sahaja minggu lepas. FAM akan mengumumkan dalam dua atau tiga minggu lagi."
LionsXII mendapat kemenangan di tempat lawan yang pertama apabila mereka menewaskan Sabah 1-0 di Kota Kinabalu. Tetapi perlawanan yang mereka menang 3-1 dengan Negeri Sembilan yang telah menimbulkan syak wasangka oleh pemain senior LionsXII.
Pemain Singapura itu berkata: "Mudah untuk orang meragui perlawanan ini (LionsXII vs Negeri Sembilan) kerana kelihatannya mudah bagi kami bertemu mereka.
"Ini sangat tidak baik untuk kami dan ia mewujudkann keraguan dalam minda kami kerana pasukan yang mungkin kami ingat lemah sebenarnya telah menjual perlawanan itu."
Tambah sumber yang mempunyai pengetahuan dalaman bagi aktiviti pengaturan perlawanan dalam rantau ini: "Lihat sahaja bagaimana gol dijaringkan dalam perlawanan itu - mana-mana 'bookie' akan beritahu terdapat sesuatu yang tidak kena."
Satu lagi pendedahan mengejutkan oleh Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton kepada The Straits Times, Singapura adalah bukan sahaja pemain dan jurulatih yang terlibat di Malaysia, malahan pegawai FAM juga mungkin terlibat.
Eaton berkata: "Saya boleh memberitahu terdapat siasatan mengaitkan pegawai bola sepak di Malaysia dan secara global di Asia Tenggara.
"Sudah tiba masanya untuk kerajaan di sini sedar bahawa saiz market perjudian di rantau ini menarik banyak sindiket seperti ini."
Namun, skuad LionsXII di bawah perhatian untuk memastikan mereka tidak jatuh di tangan pengatur perlawanan. Semua panggilan telefon di bilik hotel mereka diputuskan apabila bermain di tempat lawan sementara pegawai pasukan mengawal pergerakan pemain di hotel dan lapangan terbang.
Ini titik hitam buat bola sepak Malaysia. Minggu lepas 18 pemain muda telah digantung selama dua hingga lima tahun kerana terlibat dalam pengaturan perlawanan Piala Presiden tahun lepas dan jurulatih digantung seumur hidup.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...