Saturday, February 4, 2012

Kim Swee tarik nafas lega

BH Online

Jadual Liga S ‘dilonggar’ untuk skuad B-23 

SKUAD B-23 negara kini boleh fokus sepenuhnya terhadap baki tiga aksi Kumpulan C saingan Kelayakan Olimpik Zon Asia apabila hanya dua aksi Liga-S membabitkan mereka dijadualkan berlangsung sepanjang tempoh terbabit.

Selepas bertemu Bahrain di Manama esok, skuad negara bakal melengkapkan saingan bertemu Jepun di Bukit Jalil, 22 Februari dan Syria di Amman, Jordan pada 14 Mac.
Jadual Liga-S yang dikeluarkan semalam pula menyaksikan Harimau Muda A diberi ‘kelonggaran’ apabila bakal memulakan kempen bertemu Gombak United di Stadium Jalan Besar, Khamis ini, disusuli Tanjung Pagar United di laman sendiri, Stadium Yishun pada 2 Mac. 

Aksi ketiga Harimau Muda A hanya dijadual berlangsung empat hari selepas berdepan Syria iaitu bertemu Albirex Niigata di Stadium Yishun, 18 Mac depan. 

“Nampaknya permintaan kami supaya jadual Liga-S dibuat dengan mengambil kira pembabitan dalam Kelayakan Olimpik dipenuhi penganjur. Jadi saya kini boleh fokus pada baki tiga aksi kelayakan ini,” kata Kim Swee ketika dihubungi di Manama, semalam. 

Skuad negara tiba di Manama awal pagi semalam dan tanpa berlengah terus menjalani latihan ringan di gimnasium hotel penginapan pada sebelah pagi, disusuli latihan di padang pada sebelah petang. 
“Suhu di sini sekitar 16 darjah Celsius, sejuk dan agak berangin. Inilah antara tujuan kami datang lebih awal iaitu supaya pemain dapat mengadaptasi dengan cuaca dan perbezaan waktu lima jam. 

“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai banyak masa kerana ada tiga hari saja untuk memikirkan percaturan terbaik menghadapi Bahrain, Ahad ini,” jelas Kim Swee. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...