Tuesday, February 7, 2012

Sentuhan Fandi bakar semangat



JOHOR BAHRU - Biarpun bakal menentang pasukan teratas Liga Perdana, Pahang di Temerloh hari ini, Johor kini sudah bersedia untuk memberi tentangan hebat pada perlawanan itu.



Malah, skuad Jengking kini mampu melangkah dengan lebih yakin sekali gus menjadi pesaing yang perlu diberi perhatian kerana pasukan itu kini menerima tunjuk ajar daripada bekas legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad.

Fandi, 49, bukan sahaja dilantik menjadi penasihat teknikal pasukan itu baru-baru ini, malah beliau turut menjadi pengurus pasukan bermula Jumaat lalu dengan kontrak selama tiga tahun yang ditandatangani Sabtu lalu.
Beliau menggantikan Datuk Aziz Sapian.

Johor kini menduduki tangga kelima liga dengan sembilan mata, manakala Pahang di tempat ketiga dengan 10 mata.

Bagi jurulatih, K. Sukumaran, dia tidak mahu pulang dengan tangan kosong atau satu mata pada perlawanan menentang Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam ini.

"Sekarang bukan masa untuk kalah atau seri. Sekarang masa untuk menang kerana kita berazam untuk memperbaiki kedudukan dalam liga," katanya sambil menyifatkan peluang mereka adalah 50-50.

Sukumaran bagaimanapun mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang ringan saingan Pahang meskipun pasukan itu bakal beraksi tanpa dua pemain pertahanan, Saifulnizam Miswan dan Shahrizan Salleh yang dilayangkan kad merah ketika menentang ATM.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...