Friday, February 17, 2012

Johor cadang satu pasukan musim depan


Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) memberi sidang akhbar selepas dilantik menjadi Presiden PBNJ pada Kongres Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

JOHOR BAHRU - Tiga kelab bola sepak negeri Johor yang bersaing dalam Liga Malaysia musim ini mungkin akan dijadikan satu pasukan pada musim depan.

Johor sekarang mempunyai tiga pasukan yang bersaing dalam Liga M iaitu Johor FC Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Perbandaran Muar (MP Muar).



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang secara rasmi dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada Kongres Luar 

Biasa PBNJ, semalam berkata, cadangan tersebut dibuat sebagai langkah untuk membantu mengembalikan kegemilangan pasukan Johor di era 90an.

Melalui cadangan yang dikemukakan itu, katanya, PBNJ dapat memberikan fokus sepenuhnya untuk mendapatkan pemain terbaik bagi memperkuatkan jentera pasukan Jengking.

''Perkara ini masih lagi dibincangkan memandangkan musim ini sudah separuh jalan dan mereka masih mempunyai kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Lebih baik jika kita dapat fokus pada satu pasukan sahaja dan pemain terbaik dapat mewakili negeri. Ini akan memberi advantage dari segi kualiti pemain dan juga tajaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Selain itu katanya, pemain-pemain Johor yang beraksi bersama negeri lain juga dialu-alukan untuk kembali menyarung jersi pasukan Jengking musim depan.

Sementara itu, Tunku Ismail berkata, misi utamanya sebagai Presiden PBNJ adalah untuk memastikan pasukan Jengking dapat menjuarai Liga Perdana dan meneruskan saingan di dalam Liga Super pada musim depan.

Beliau juga berhasrat untuk memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ selain ingin menghapuskan amalan berpolitik dalam persatuan.

"Saya sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan dadah," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail menjelaskan legenda bola sepak Argentina, Gabriel Batistuta dijangka tiba di negeri ini pada 17 Mac ini bagi membantu Johor dalam beberapa aspek termasuk khidmat nasihat mengenai pengambilan pemain import baru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...