Saturday, February 4, 2012

Kelab penyokong optimis Sabah mara lebih jauh


Harian Metro

KELAB Penyokong Sabahawks optimis pasukan mereka bakal mara lebih jauh dalam saingan Liga Super tahun ini sekiranya mampu melayani kunjungan pendahulu liga, Kelantan pada 8 Februari depan di Stadium Likas, Sabah.


Pengerusi Kelab Penyokong Sabahawks, Mohd Joh Wid berkata, sekiranya berjaya membenam Red Warriors Rabu depan, Sabah mampu memperbaiki kedudukan selain memberi semangat dan kekuatan mental kepada pemain.

“Saya yakin Sabah mampu mencapai kemenangan apabila melayani kunjungan Kelantan. Penyokong sentiasa memberi sokongan padu terhadap pasukan tanpa mengira sama ada menang, seri atau tewas,” katanya.




Penyokong Sabahawks turut memberi ‘amaran’ kepada jurulatih Kelantan, Peter Butler supaya berhati-hati dengan sorakan padu penyokong tuan rumah.

“Butler pasti masih mengingati reaksi penyokong Sabah setiap kali berdepan pasukan lawan ketika memimpin Sabahawks. Sokongan padu penyokong mampu membakar semangat luar biasa meneruskan rentak kemenangan terutama berdepan Kelantan nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...