Saturday, February 11, 2012

Norizan tagih aksi mantap


PRESTASI pemain import Perak, Lazar Popovic (kanan) masih tumpul dan kurang menyengat.
PRESTASI pemain import Perak, Lazar Popovic (kanan) masih tumpul dan kurang menyengat.

AKSI mantap seperti ketika menumpaskan Sarawak 2-1 di Ipoh Rabu lalu, diharap mampu diulangi pemain Perak apabila turun menentang T-Team di Kuala Terengganu malam ini supaya kedudukan selaku pendahulu Liga Super dapat dipertahankan. 

“Mempertahankan kedudukan pendahulu serta meneruskan rentak kemenangan menjadi agenda Perak dalam perlawanan seterusnya dan saya berharap pemain sentiasa bersiap sedia menggalas tugas yang diberikan jurulatih (Norizan Bakar) pada setiap perlawanan,” kata pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun.



Beliau yang juga bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata, kejayaan berada di tangga teratas diharap turut menyemarakkan semangat di dalam kem Perak tetapi pantas mengingatkan pemain betapa tugas dan cabaran besar masih banyak menanti termasuk apabila berdepan T-Team yang mahu menebus kehampaan selepas tewas kepada Negeri Sembilan, Rabu lalu.
Justeru, pemain perlu berwaspada terhadap perangkap yang dipasang jurulatih Yunus Aliff apabila turun ke padang malam ini. 

“Kedudukan pendahulu bukan jaminan kerana masih terlalu awal untuk mendabik dada. Apa yang diharapkan pemain mampu meneruskan momentum mereka,” katanya. 

Mengenai ketumpulan penyerang import Perak, Lazar Popovic dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang mengalami kemarau jaringan dalam tiga perlawanan berturut-turut, Azwan berpendapat ia bukan faktor penghalang kejayaan pasukan. 

“Bola sepak ialah usaha berpasukan. Setiap anggota pasukan mempunyai peranan untuk memastikan kejayaan pasukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...