AKSI pemain Bahrain, Sayed Dhia Said (kiri) yang dicabar oleh pemain negara, Zubir Azmi, dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 di Manama, malam tadi. - Foto AFP |
PEMAIN Bahrain, Abdulrahman Malud (kanan) bersaing dengan pemain negara, Wan Zack Haikal dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 di Manama, malam tadi. - Foto AFP |
Pada babak pertama, anak buah Kim Swee berpeluang membuka jaringan menerusi Irfan Fazail dan K Gurusamy dari luar kotak penalti tetapi gagal menemui sasaran.
Sebaliknya serangan balas pantas Bahrain berjaya memecah kebuntuan menerusi Mohammed Al-Alawi pada minit ke-25.
Selepas rehat, Malaysia beroleh gol penyamaan pada minit ke-84 menerusi pemain gantian, Ahmad Hazwan Bakri yang mudah menolak masuk hantaran Wan Zack.
Bagaimanapun Bahrain yang dikendalikan Peter Taylor kembali di depan selepas Husain Al Farhan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol kemenangan malam tadi.
No comments:
Post a Comment