Tuesday, February 7, 2012

Pemain Perak perlu kekalkan momentum


Harian Metro

PEMAIN Perak diharap mampu mengekalkan momentum ketika meraih tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini apabila melayani kunjungan Sarawak dalam saingan Liga Super 2012 di Stadium Perak, malam esok.





Justeru pengendali Perak, Norizan Bakar berharap anak buahnya menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan dalam usaha mereka mengutip mata penuh bagi mengekalkan cabaran dalam saingan liga elit 14 pasukan itu.

“Pemain tidak mampu mengalih perhatian daripada tugasan kerana saingan masih di peringkat awal.




“Matlamat kami ialah mengutip sebanyak mata yang mampu agar berada di atas landasan tepat untuk mencabar kejuaraan,” katanya.

Walaupun Seladang ketika ini menduduki tangga ketiga, jurulatih yang lebih terkenal dengan panggilan Cikgu Jan itu berkata kedudukan itu bukan jaminan terhadap pencapaian seterusnya.


“Belum masanya untuk mendabik dada kerana kami belum menang apa-apa. Sebaliknya pemain perlu terus fokus terhadap perlawanan dan berusaha memastikan kami mengutip mata dalam setiap perlawanan,” katanya.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...