Thursday, February 16, 2012

‘LionXII lebih bagus’


Harian Metro

PERAK tumpas kepada pasukan yang lebih baik.Begitulah kata jurulatih Perak, Norizan Bakar mengenai kekalahan 1-2 anak buahnya kepada LionXII dalam saingan Liga Super di Ipoh, malam kelmarin.





Malah pengendali itu berkata tuan rumah juga melakukan dua kesilapan yang menyaksikan mereka dihukum oleh pelawat melalui dua jaringan kaptennya, Shahril Ishak pada setiap babak.

“Dua kesilapan itu menjadi benteng pemisah Perak dengan lawan. Mereka bijak mengambil kesempatan daripada peluang yang diperolehi,”katanya.


Pada perlawanan yang turut disaksikan oleh Sultan Azlan Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, tuan rumah mempamer permainan bersemangat tetapi tidak mencukupi untuk menggunakan kelebihan dimiliki biarpun dengan sokongan padu kira-kira 15,000 penonton.

Sebaliknya pelawat bijak memerangkap mereka dengan serangan balas berkesan untuk mengancam kubu lawan yang tampak goyah setiap kali menerima ancaman pelawat.


Norizan berkata anak buahnya sudah berusaha bersungguh tetapi malangya nasib tidak menyebelahi mereka untuk terpaksa menelan keperitan tumpas buat kali pertama di tempat sendiri selain menerima kekalahan kedua berturut-turut.




“Pemain sudah mencuba sedaya upaya. Mereka dah memberikan yang terbaik tetapi tidak berjaya,”katanya.

Sementara itu pemain import Serbia, Lazar Popovic yang masih gagal memecah `badi’ kemarau jaringan selepas tujuh perlawanan terus menjadi kecaman hebat biarpun dipuji jurulatih LionXII, V Sundramoorthy.




Popovic, 28, yang sepatutnya menjadi peledak sebaliknya kelihatan memainkan peranan sebagai pencipta peluang untuk rakan lain menjaringkan gol.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...