Wednesday, February 22, 2012

Perlis wajah baru


Harian Metro

SEBAHAGIAN pemain disenaraikan dalam skuad Liga Perdana Perlis mungkin digugur andai gagal memenuhi kriteria ditetapkan pada sesi pemilihan selama tiga hari di Stadium Utama Negeri di Kangar bermula Jumaat ini.


Langkah drastik itu dilakukan bagi memastikan skuad jolokan Singa Utara itu bukan saja bakal berwajah baru tapi mampu bangkit dengan aksi lebih mantap dan cemerlang pada saingan Liga Malaysia.




Justeru, setiap pemain pasukan perlu membuktikan keupayaan masing-masing pada sesi pemilihan bagi memikat pengurusan untuk terus disenaraikan.




Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz berkata, sesi pemilihan kali kedua itu bagi membentuk pasukan baru yang lebih mantap pada baki saingan liga.

Menurutnya, selain pemain sedia ada dalam skuad itu, ia juga terbuka kepada mana-mana pemain atau bekas pemain negeri atau kelab seluruh negara yang berhasrat menyarung jersi Perlis.


“Kami mengalu-alukan pemain dan bekas pemain negeri dan kelab seluruh negara menyertai atau mencuba nasib pada sesi pemilihan itu.





“Pemain yang berjaya memenuhi syarat ditetapkan berpeluang disenaraikan selepas ini. Yang terbaik saja akan disenaraikan,” katanya.

Ku Besry berkata, pemilihan itu selaras dengan matlamat pengurusan PFA untuk memastikan bekas juara dua kali Piala Malaysia dan tiga kali naib juara Piala FA itu menyenaraikan barisan baru lebih berwibawa.




Katanya, antara fokus utama sesi itu ialah mencari pemain yang mampu beraksi cemerlang untuk memantapkan cabaran pasukan khususnya di posisi pertahanan selain posisi penjaga gol yang dilihat kurang meyakinkan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...