SELEPAS berjaya memantapkan ketahanan mental di Pulau Langkawi selama tiga hari sejak Khamis minggu lalu, Kedah akan berdepan ujian fizikal menentang pasukan berstatus kelab dari Pulau Pinang di Stadium Darulaman, esok.
Menurut ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan, beliau puas hati dengan latihan ketahanan mental bagi menguatkan lagi keyakinan pasukan.
“Saya memang merancang latihan ini agar pemain tampil lebih yakin dan bersedia.
“Kini pasukan akan menguji pasukan kelab dari Pulau Pinang bagi menyaksikan keberkesanan latihan mental itu sebelum berdepan Selangor pada aksi Liga Super, Sabtu depan.
“Prestasi Selangor kini sedang meningkat selepas berjaya mendapatkan penyerang import baru dan Kedah harus bersedia,” katanya. Wan Jamak berkata, beliau akan menggunakan perlawanan ujian itu untuk memantapkan lagi jentera serangan serta pertahanan untuk mengecewakan Selangor kelak.
“Penyerang muda dari Ghana, Hamidan Mohamed perlu meningkatkan prestasi dan persefahamannya dengan pemain lain.
“Ketika ini pemain tengah Maghribi Safi Abdelfatah berjaya memahami corak permainan Kedah dan bergandingan baik dengan Khyril Muhymeen Zambri.
“Bahagian pertahanan yang dikemudikan oleh Mohd Fauzie Nan juga perlu lasak dan agresif menyekat asakan perangan Selangor.
No comments:
Post a Comment