Saturday, February 4, 2012

Sabah mungkin ganti Arab Saudi



KUALA LUMPUR - Status perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Arab Saudi yang dijadual 24 Februari ini hanya akan diketahui selewatnya-lewatnya hujung minggu ini.




Jika perlawanan itu dibatalkan, sebagai pelan alternatif, skuad Liga Super Sabah akan menjadi pasukan ganti kepada Arab Saudi sebagai perlawanan pemanas badan buat Harimau Malaya.

Perkara itu disahkan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kama, yang mengakui, sehingga hari ini masih tiada sebarang pengesahan daripada persatuan bola sepak induk Arab Saudi mengenai perlawanan itu.

"Sebenarnya Arab Saudi yang menjemput kita mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka tetapi selepas kami memberikan persetujuan, tiada sebarang maklum balas dan 'hitam putih' mengenai cadangan perlawanan berkenaan.

"Saya yakin segala persoalan sama jadi atau tidak akan diketahui dalam minggu ini, saya akan cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak mereka.

"Namun, sebagai langkah alternatif, kami telah mencadangkan Sabah sebagai pasukan ganti untuk tujuan perlawanan pemanas badan antara 24 atau 26 Februari sebelum berdepan Filipina pada 29 Februari, " katanya yang dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...