Wednesday, February 29, 2012

Azraai lega aksi Farbak makin stabil


Harian Metro

PENINGKATAN prestasi dipamer pemain import baru Negeri Sembilan, Marian Farbak nyata melegakan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah selepas skuad bimbingannya mempamerkan aksi kurang mantap apabila kecundang di tangan Johor FC dan tersingkir daripada saingan Piala FA.


Menurut pengendali berpengalaman itu, pemain pertahanan kelahiran Slovakia berusia 29 tahun itu menunjukkan komitmen tinggi sepanjang latihan dan mempamerkan peningkatan berbanding ketika mula menyertai pasukan awal bulan ini.




Katanya, peningkatan prestasi pemain itu diharap memberi impak positif terutama di bahagian pertahanan yang sebelum ini dilihat banyak kelemahan hingga memudahkan lawan menjaringkan gol.




“Berdasarkan prestasi Marian yang makin menyerlah, saya harap perkembangan itu dapat membantu memantapkan kekuatan kita.

“Saya harap barisan berpatahan menampilkan kekuatan tersendiri dalam perlawanan menentang Kelantan di Kota Bharu, minggu depan,” katanya.


Farbak yang berganding dengan Norhafiz Zamani Misbah sudah dua kali diturunkan iaitu ketika bertemu T-Team dan Johor FC.





Negeri Sembilan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...