Thursday, February 2, 2012

‘Hai-O’ membara


Harian Metro

LUPAKAN kekalahan dengan Sime Darby dan beri tumpuan sepenuhnya kepada pertemuan dengan Pahang pada saingan bola sepak Liga Perdana Jumaat ini.
Itulah luahan hati ketua pasukan Tentera, Hairuddin Omar menjelang pertemuan yang dijangka paling sengit di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Ia lebih kepada siapa yang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dan sekali gus merampas tangga teratas liga yang kini terajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga belum pernah kalah dalam lima perlawanan.


Hairuddin yang dikenali dengan panggilan ‘Hai-O’ dan pernah membantu Negeri Sembilan dan Kelantan menjuarai Piala Malaysia mengaku rakan sepasukan melakukan beberapa kesilapan menyebabkan mereka kalah kali pertama 1-2 kepada Sime Darby.

Katanya, ada di kalangan rakan sepasukan terlalu yakin dan menganggap mudah pertemuan itu selepas pasukan mendahului 2-0 dalam perlawanan yang dihentikan kerana hujan lebat sehari sebelum itu.


“Kita lupakan episod kekalahan itu dan kembalikan keyakinan serta meletakkan semula pasukan di puncak liga selepas pertemuan dengan Pahang,” katanya.



Apapun Hairuddin mengaku pertemuan ini sengit dan mendebarkan kerana lawan juga mempunyai misi serupa.

Selain itu mereka juga mempunyai pemain berpengalaman serta mempunyai pemain bertaraf bintang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...