KAPTEN Pahang, Jalalluddin Jaafar kesal terhadap kekalahan 1-3 kepada Harimau Muda A di Shah Alam, kelmarin.
Katanya, segala yang dilakukan serba tidak menjadi hingga membenarkan barisan pemain muda negara bijak memanafaatkan peluang, sekaligus memungut tiga mata.
“Kami sudah memberi persembahan terbaik tetapi Harimau Muda A nyata lebih bersedia. Mungkin faktor persefahaman memberi kelebihan kepada mereka mencipta kejayaan. Namun, kekalahan ini tidak akan melunturkan semangat dan keazaman kami melakar kejayaan pada saingan Liga Super musim ini,” katanya semalam.
Kekalahan itu menyentap prestasi skuad kendalian Dollah Salleh selepas mempamerkan persembahan mantap ketika membenam Perlis 3-1 pada aksi pembuka tirai liga.
No comments:
Post a Comment