Friday, September 16, 2011

'Mendung tidak bererti hujan'


APA sudah jadi Selangor? Reputasi selaku pasukan yang paling banyak menjulang Piala Malaysia sebanyak 32 kali sebelum ini ternyata bukan satu tugas yang mudah buat pengendali Selangor, K. Devan yang ketika ini dilihat masih mencari tonik terbaik dalam saingan Piala Malaysia pada edisi kali ini.
Hanya mampu mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan setakat ini, skuad yang mendapat jolokan Gergasi Merah itu kini tidak ubah seperti ‘bom jangka’ yang boleh ditunjukkan jalan keluar pada bila-bila masa menje- lang pusingan kedua peringkat Kumpulan D malam esok.
Kejutan pasukan ibu kota, Kuala Lumpur yang selama ini hanya boleh dianggap ‘adik’, namun tiba- tiba gah menerajui kumpulan dengan tujuh mata serta masih kebal dengan rekod tanpa kalah setakat ini juga boleh menidakkan hasrat Selangor yang telah lama ketandusan trofi sejak beberapa tahun lalu.
‘Mendung tidak bererti hujan’, perjuangan Merah Kuning bagaimanapun masih belum ternoktah dengan syarat mereka mampu menjinakkan pasukan berstatus kelab, T-Team di laman sendiri di Stadium Shah Alam malam esok.
Tewas tipis 1-0 kepada skuad kendalian Yunus Alif itu di gelang- gang lawan pada pusingan pertama peringkat kumpulan sebelum ini juga menjadi penyebab utama betapa hanya kemenangan sahaja yang boleh menyelamatkan Selangor termasuk maruah Devan yang sebelum ini cukup terkenal dengan gelaran The Special One Malaysia memandangkan pasukannya sebelum ini iaitu Kuala Muda Naza dan Negeri Sembilan Naza dilihat cukup cemerlang semasa di bawah sentuhannya.
Apa yang pasti, ‘magis’ Devan begitu ditagih malam esok, selain ketajaman Fazli Saari dan Rudie Ramli di jentera serangan juga menjadi titik-tolak sama ada impian Selangor untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 hanya sekadar mimpi indah ataupun tidak.
Belum mahu menekan butang kecemasan, Devan bagitupun yakin dapat membenam cabaran T- Team, sekali gus kembali ke lan- dasan sebenar.
“Kami optimis mampu melangkah lebih jauh dengan memasti- kan kemenangan Sabtu ini (malam esok) meskipun sedar pasu- kan T-Team bukan mudah untuk dijinakkan.
“Apa yang pasti, kualiti pemain- pemain Selangor sedia ada juga tidak boleh dipandang remeh meskipun turut menghadapi teka- nan daripada Kuala Lumpur,” kata Devan.
Menurut Devan, beliau mahu kesebelasan utama Selangor bersikap lebih tenang dan memberikan komitmen seratus peratus semasa berjuang menentang T- Team malam esok bagi memburu tiga mata berharga.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...