Monday, September 26, 2011
Shahurain pastikan NS ke suku akhir
SEREMBAN - Pemain sayap, Shahurain Abd. Samah muncul wira apabila jaringannya pada babak akhir memastikan Negeri Sembilan ke suku akhir Piala Malaysia apabila mengalahkan Sime Darby FC 2-1 di Stadium MP Selayang semalam.
Pada perlawanan kelmarin, juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi penyerang muda, Mohd. Firdaus Azizul pada minit ke-13 sebelum Sime Darby FC menyamakan kedudukan melalui Mohd. Raimi Md. Nor seminit selepas itu.
Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor gembira apabila Shahurain berjaya menjaringkan gol kemenangan skuadnya pada tujuh minit terakhir perlawanan.
Katanya, kemenangan tersebut sungguh bermakna kerana mereka beraksi di gelanggang lawan dan terpaksa berdepan dengan taktik lawan yang gemar melambatkan permainan.
"Saya mengucapkan tahniah kepada para pemain yang bersungguh-sungguh memburu kemenangan selain komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh mereka,'' katanya semalam.
Menurutnya, kemenangan kelmarin mengurangkan tekanan anak didiknya setelah kalah 0-2 kepada PKNS di laman sendiri sebelum ini.
"Sudah pasti kita tidak menghadapi tekanan apabila berhadapan Terengganu di gelanggang lawan pada perlawanan terakhir Kumpulan B nanti kerana kita sudah layak ke suku akhir.
"Fokus kita adalah untuk membuat persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan peringkat kalah mati dan saya tidak kisah siapa lawan pada suku akhir nanti," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment