Thursday, September 22, 2011
Sekizuka lega Jepun raih tiga mata
SEKALIPUN diasak pelbagai soalan oleh media Jepun yang agak sangsi dengan keputusan Takashi Sekizuka menyenaraikan peledak utama, Kensuke Nagai sebagai pemain simpanan, ketua jurulatih itu tetap tenang.
Katanya, berapa gol yang dijaringkan tidak penting sebaliknya kemenangan perlawanan pembukaan adalah lebih utama.
“Kemenangan ini memberikan kita langkah cukup meyakinkan bagi memulakan saingan Kumpulan C.
“Kita perlukan kemenangan dan mata penuh untuk kekal di tangga teratas. Anda harus ingat, ini bukan perlawanan pertama tetapi akan diikuti perlawanan berikutnya menentang dua pasukan Arab, Syria dan Bahrain.
“Saya gembira akan kemenangan ini walaupun hanya menang 2-0 sedangkan kita terlepas banyak peluang menambah jaringan,” katanya.
Sekizuka berkata Nagai direhatkan kerana dia kepenatan selepas mengharungi jadual perlawanan Liga Jepun. sedangkan pemain lain berada dalam kemuncak prestasi dan bebas kecederaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment