Monday, September 26, 2011

Karathu ceria percaturan The Red Warriors menjadi

PERKONGSIAN satu mata dengan Johor FC selepas keputusan terikat 1-1 di Stadium Pasir Gudang sudah memadai bagi The Red Warriors melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia, dan bagi ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu ia satu mata yang amat berharga. 

Karathu nyata berpuas hati dengan keputusan itu untuk membawa The Red Warriors melangkah ke suku akhir walaupun masih berbaki satu perlawanan bertemu pendahulu Kumpulan C, FELDA United Selasa ini.

Kelantan tidak menerapkan corak permainan bertahan malah pemainnya membuat serangan bertali arus dan tidak membuka ruang kepada tuan rumah untuk menambah jaringan.
"Satu mata yang diperoleh begitu penting untuk mendapatkan keselesaan ke suku akhir namun bukan mudah untuk mengikat kedudukan kerana Johor FC satu pasukan kuat dan mereka juga banyak membuat serangan. 

"Kita juga tidak boleh bermain dengan corak bertahan kerana pihak lawan pasti melakukan serangan habis-habisan berikutan mereka sedar keputusan seri pasti akan menyekat hasrat mereka untuk ke suku akhir," katanya ketika dihubungi semalam. 

Jurulatih berpengalaman dari Perak itu berkata, pasukannya terkejut dengan jaringan awal tuan rumah pada minit kedua malah beliau mengaku kecewa kerana pemainnya belum bersedia untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas yang dilancarkan Johor FC. 

"Kita ketinggalan seawal minit kedua namun semangat pemain kembali selepas mendapat gol penyamaan dan menggandakan asakan pada separuh masa kedua bagi mendapatkan gol tambahan namun gagal mencari penyudah," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...