Monday, September 19, 2011

Devan kian didesak letak jawatan

PENYOKONG Selangor tampak sudah hilang keyakinan terhadap jurulatih, K Devan, malah menganggap ‘Misi 33’ sudah pun berkubur gara-gara kalah kepada T-Team 2-1 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. 

Sejurus tamat perlawanan, kelihatan kain rentang tertulis ‘Devan sila letak jawatan’ sambil pemain yang menuju ke bilik persalinan dikutuk sebahagian daripada 1,000 penyokong sendiri yang masih setia hadir ke stadium.

Penyokong mahu tindakan drastik Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) termasuk merehatkan Devan untuk baki dua perlawanan menentang Polis di Paroi, Sabtu ini dan Kuala Lumpur di Shah Alam, tiga hari selepas itu atau melakukan sesuatu yang mampu menyelamatkan ‘Misi 33’.
Namun Devan masih yakin skuad bimbingannya mampu melangkah ke suku akhir biarpun realitinya ia tampak seperti misi mustahil kerana Selangor perlu mengharapkan T-Team menewaskan Kuala Lumpur di Kuala Terengganu, Sabtu ini. 

“Saya tak kisah desakan penyokong. Ini perkara biasa. Arsene Wenger pun sepanjang 15 tahun menjadi pengurus Arsenal, turut penyokong naikkan kain rentang supaya beliau dipecat. Jadi saya kena terima semua ini. 

“Saya faham perasaan penyokong yang kecewa dengan kekalahan ini. Kami sendiri pun tidak dapat terima kekalahan ini kerana kita mendahului sehingga minit ke-81,” kata Devan ketika ditemui selepas perlawanan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...