Wednesday, September 21, 2011

Jepun sasar tiga mata

Foto
Takashi Sekizuka



Foto
SKUAD Olimpik negara gigih menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Jepun, malam ini.

Pemenang emas Sukan Asia waspada prestasi negara

SEKALIPUN di atas kertas Jepun jelas perkasa, namun ketua jurulatihnya, Takashi Sekizuka tetap berwaspada apabila melayani barisan Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik, Kumpulan C, malam ini.

Sekizuka yang membimbing Samurai Biru memenangi pingat emas Sukan Asia Guangzhou 2010, sebaliknya menyifatkan cabaran Malaysia tidak harus dipandang rendah apa lagi majoriti pemain kedua-dua pasukan pernah berentap di temasya itu yang menyaksikan Jepun menang 2-0.
“Kami pernah menyaksikan beberapa perlawanan membabitkan Malaysia dan mereka cukup kompak dan pemain begitu berdisiplin. Pemain anda juga bermain dalam liga tempatan dan menganggotai skuad senior.

“Tetapi saya percaya Jepun harus menggunakan kekuatan teknik di depan penyokong sendiri bagi perlawanan pertama ini untuk meraih tiga mata. Pemain harus mengaplikasikan apa yang sudah diajar dalam latihan.

“Yang pasti, kami akan turun dengan corak permainan agresif,” katanya yang berkesempatan mengumpulkan anak buahnya yang mewakili pelbagai kelab profesional Liga-J enam hari sebelum pertemuan, malam ini.

Selain penyerangnya, Kensuke Nagai, Jepun turut diperkuat sentuhan pemain tengah, Kazuya Yamamura yang mampu membuat gerakan serangan berbahaya. 
Nagai berkata di Sukan Asia, tahun lalu Malaysia cukup defensif dan mereka akan cuba membolosi benteng pertahanan mantap lawan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...