Thursday, September 29, 2011

Ribut cemaskan penyokong Terengganu


KUALA TERENGGANU - Suasana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin kelam kabut apabila ribut serta hujan lebat, menyebabkan kira-kira 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia bertempiaran mencari tempat berlindung.

Berikutan itu, perlawanan antara tuan rumah, Terengganu dengan Negeri Sembilan terpaksa dihentikan hampir sejam dan disambung sebaik sahaja keadaan reda.

Ribut petir dan hujan lebat bermula pukul 9 malam, iaitu kira-kira 10 minit perlawanan selepas sepak mula.

Akibat ribut, papan iklan di tepi trek stadium terbang angin, mengakibatkan keadaan semakin kelam kabut, yang memaksa pengadil menghentikan perlawanan.

Beberapa buah kenderaan milik penonton yang diletakkan di kawasan berdekatan stadium iaitu di Jalan Pejabat, turut rosak teruk akibat dihempap pokok.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Perlawanan yang bersambung menyaksikan Terengganu dan Negeri Sembilan berakhir pada pukul 11.30 malam, seri tanpa jaringan.

Kedua-dua pasukan telah pun melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Malaysia dengan masing-masing memungut 13 mata dari Kumpulan B.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...