Monday, September 26, 2011

NS lega selepas layak ke suku akhir


JURULATIH, Mohd. Azraai Khor Abdullah tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira selepas Negeri Sembilan mara ke suku akhir pada kempen Piala Malaysia 2011.
Skuad skuad Hoben Jang Hoben meraih kejayaan tersebut selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Sime Darby FC dalam saingan Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang kelmarin.
"Kita bersyukur kerana berjaya juga mencatat kemenangan. Beraksi di gelanggang lawan memang sukar lebih-lebih lagi apabila diberi tentangan sengit oleh Sime Darby FC," kata Mohd. Azraai.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemain yang bersungguh-sungguh memburu kemenangan selain komitmen tinggi yang ditunjukkan mereka."
Pada aksi itu, penyerang Negeri Sembilan, Shahurain Abd. Samah muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83.
Meskipun pasukan tuan rumah memberi tentangan yang sengit, juara Piala Malaysia 2009 terlebih dahulu di depan melalui penyerang muda berbakat, Mohd. Firdaus Azizul pada minit ke-13.
Namun, Sime Darby FC menyamakan kedudukan melalui Mohd. Raimi Md. Nor seminit selepas itu.
Mohd. Azraai berkata, kemenangan tersebut sungguh bermakna kerana mereka beraksi di gelanggang lawan dan terpaksa berdepan dengan taktikal lawan yang seolah-olah cuba melambatkan perlawanan.
"Kemenangan itu sedikit sebanyak mengurangkan tekanan selepas kami tewas mengejut 0-2 atas sebuah lagi pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...