Saturday, September 24, 2011

Sabah tidak mahu berputih mata di Alor Setar


MISI penuh berliku terpaksa dihadapi Sabah dalam usaha meloloskan diri mara ke suku akhir pada kempen Piala Malaysia musim ini.
Selepas ditewas Perak 1-2 di Ipoh (Sabtu lalu), skuad kendalian Justin Ganai itu kini semakin terdesak dan perlu mengutip sekurang-kurangnya satu mata apabila turun menentang Kedah dalam aksi Kumpulan A di Alor Setar malam ini.
Seandainya kemenangan dicapai, Sabah sudah boleh berkira-kira untuk menyertai Perak dalam kelompok lapan pasukan terbaik pada ketika Kedah sudah boleh gulung tikar.
Namun, Justin ketika dihubungi mengakui yang anak-anak buahnya terpaksa berdepan tugas sukar untuk menewaskan Kedah berdasarkan kelebihan lawan beraksi di gelanggang sendiri.
“Kami memang menang pada perlawanan pertama menentang Kedah sebelum ini tetapi kemena- ngan itu diraih ketika beraksi di Stadium Likas.
“Esok (malam ini), kami pula akan turun sebagai pasukan pela- wat dan saya memang tahu Kedah begitu kuat ketika beraksi di tempat sendiri,” kata Justin kepada Kosmo! semalam.
Tambah Justin, beliau kini lebih berminat untuk bersikap realistik dan menganggap keputusan seri di Alor Setar sudah cukup baik buat pasukannya.
Katanya lagi, jika kemenangan dicapai, ia adalah bonus buat pasu- kannya kerana laluan ke suku akhir sudah pasti terbuka luas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...