SABAH mengesahkan tempat ke suku akhir selepas membelasah Johor 4-1 dalam saingan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Larkin, malam tadi.
Meskipun jurulatih Justin Ganai membuat rombakan pada saat akhir dengan merehatkan empat tonggak utama - Azizon Abd Kadir, Mohd Farid Ideris, Sumardi Hajalan dan Mohd Fariss Azlan Mat Isa nyata ia tidak menggugat tempo permainan skuad Badak itu.
Sabah yang begitu dahagakan tiga mata mengatur serangan pantas dan hampir mencipta gol pada minit ke-15 selepas Md Rozaimi Abd Rahman bijak melambungkan bola hampir memerangkap penjaga gol, Mohd Amirul Abu Seman namun hanya sedikit tersasar.
Md Rozaimi yang diberi ruang untuk menyusup ke dalam kotak penalti pada minit ke-27 sekali lagi mempersia-siakan peluang terhidang tatkala berdepan dengan Mohd Amirul selepas bola sepakannya dihadang penjaga gol Johor itu.
Akhirnya gol yang dicari Sabah menjelma pada minit ke-31 berpunca daripada Zainizam Marjan yang mencuri bola dari kaki pertahanan Johor dan pantas melorongkan bola kepada Razlan Oto yang mudah merembat kencang menewaskan Mohd Amirul.
Johor bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-55 selepas Mohd Redzuan Nawi melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan Syed Adney tetapi kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Sabah mencipta gol pada minit ke-60 menerusi rembatan kencang Md Rozaimi.
Sabah terus menguasai perlawanan dan mencipta gol ketiga pada minit ke-66 selepas Radzi Mohd Hussin pantas menyambar peluang dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti.
Pemain gantian Mohd Farid tidak mengecewakan apabila menjaringkan gol buat skuad Badak pada minit ke-78 untuk memastikan pasukan itu meraih tiga mata penuh.
Gol seawal minit kelapan sudah memadai buat skuad Lebah mencipta kemenangan pertama di tempat sendiri selepas mempamerkan aksi suram sepanjang kempen Piala Malaysia.
Skuad Lebah menambah gol pada minit ke-43 menerusi pemain tengah, Mohd Riduan Maon namun Sarawak bangkit menerusi sepakan penalti Bobby Gonzales minit ke-53 tetapi Johor FC mencipta gol menerusi Mohd Akmal pada minit ke-75.
No comments:
Post a Comment