Friday, September 16, 2011

'Bukan kerana tanpa Khairul Fahmi'

Padang becak ganggu rentak: Karathu 

PENGENDALI Kelantan, Datuk M Karathu tidak menganggap ketiadaan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sebagai punca kekalahan pasukan kepada FELDA United pada perlawanan ketiga Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Selayang kelmarin.

“Saya tidak rasa itu puncanya, dan saya juga tidak menyalahkan penjaga gol malam ini (Shahrizan Ismail),” kata Karathu yang ditemui selepas perlawanan. “Namun saya akui rentak permainan kami sedikit terganggu dengan permukaan padang yang becak.
“Kami sudah biasa bermain dengan melakukan hantaran pendek, jadi apabila bermain di dalam keadaan begini, agak lambat untuk pemain menyesuaikan corak permainan mereka. 

“Secara keseluruhan, pemain menunjukkan permainan menyerang yang baik cuma ia tidak berakhir dengan jaringan.” Karathu turut mengakui pengalaman dan ketangkasan penjaga gawang FELDA, Hamsani Ahmad turut menjadi penyumbang kepada kemenangan lawannya itu. 

“Dia seorang penjaga gol berpengalaman dan sudah tentu dia tahu untuk mengawal keadaan dan melambat-lambatkan permainan,” kata Karathu yang tidak menganggap kekalahan ini akan mempengaruhi misi Kelantan mempertahankan gelaran Piala Malaysia musim ini. 

“Mereka mendapat gol pada babak pertama hasil kesilapan pertahanan, dan masuk babak kedua, FELDA hanya bertahan dan memanfaatkan peluang menerusi serangan balas.” 


FELDA mendahului Kumpulan C dengan sembilan mata manakala Kelantan di tangga kedua dengan enam. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...